Lebih terjamin jika pilih Streram: Baru Bian

Iklan
Baru Bian (tengah) bersama Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Tian Chua hadir ke majlis ceramah umum di Pekan Rantau, malam tadi. Foto: Adam Amir Hamzah

SEREMBAN - Kehidupan pengundi DUN Rantau lebih terjamin jika memilih calon PH, Dr S Streram pada PRK DUN berkenaan berbanding mengekalkan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

Menurutnya, Streram mewakili parti kerajaan dan ini akan lebih memudahkan rakyat untuk berurusan.

Iklan
Iklan

"Kita mahu pilih seorang yang boleh jadi wakil kita. Bagi saya dalam PRK ini tiada masalah sangat nak pilih calon berbanding PRU kerana ia menentukan sebuah kerajaan.

"Dalam PRK ini, kita sudah tahu siapa pemerintah. Sebab itu perlu pilih calon dari PH untuk wakili kita supaya senang berhubung dengan pemerintah," katanya ketika memberi ceramah di Bilik Gerakan DAP hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan PH juga telah membuktikan gabungan itu tidak mengenepikan mana-mana kaum dan etnik di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.

"Walaupun saya dari satu etnik lun bawang yang kecil di Sarawak iaitu 20,000 saja, tapi kerajaan PH beri tempat dalam kerajaan.

Iklan

"Inilah satu peluang dan keadilan pemerintah baru yang mana semua kaum di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak diberi peluang dalam kerajaan," katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.