Bajet 2023: Bukti kerajaan serius bantu usahawan

Iklan
Noh (tiga dari kanan) menyampaikan penghargaan kepada cawangan wanita UMNO pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di IPP Sungai Kajang.

TANJONG KARANG - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat dengan peningkatan RM117 juta bagi perbelanjaan pengoperasian dan pembangunan berbanding pada tahun lalu.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM668.3 juta diperuntukkan pada tahun depan berbanding hanya RM551 juta pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan memperuntukkan RM668.3 juta pada tahun ini kepada KUSKOP iaitu sebanyak RM212.1 juta bagi perbelanjaan pengoperasian dan sebanyak RM456.2 juta lagi untuk pembangunan.

"Kerajaan telah meluluskan peruntukan di bawah skim Program Usahawan Siswazah (Push) yang menunjukkan kerajaan memandang serius untuk membantu usahawan di negara ini yang terdiri daripada lapisan masyarakat belia, mahasiswa, informal dan juga tanpa mengira kaum," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Kajang di sini pada Ahad.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberi tumpuan kepada usahawan pelbagai kaum.

Iklan

Katanya, bantuan disalurkan itu menunjukkan kerajaan prihatin dalam membantu rakyat terutama golongan usahawan yang ingin bangkit dalam perniagaan.

"Jika dahulu, peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cukup penting semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tetapi negara yang kini berada dalam fasa endemik perlu membantu golongan usahawan terkesan," katanya.