SKUAD Bawah 16 tahun negara (B-16) mengesahkan slot secara merit ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 selepas membelasah Indonesia 5-1 di Stadium Pakansari, Cibinong, Indonesia pada Ahad.
Gol Harimau Muda dijaringkan Zainurhakimi Zain pada minit ke-17', Arami Wafiy (20'), (38'), Anjasmirza (23') dan Afiq Danish Zulkifli (26'), manakala gol Indonesia dihasilkan Arkhan Kaka Putra pada minit ke-93.
Iklan
Iklan
Tiga mata itu menyaksikan skuad kendalian Osmera Omaro mengungguli kumpulan dengan 10 mata kempen kelayakan kali ini.
Anak buah Osmera yang menghidupkan peluang untuk ke pusingan akhir selepas mengejutkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2, pada aksi kelayakan sebelum ini.
Biarpun mendapat kritikan apabila memilih laluan amat berliku selepas sekadar seri 1-1 dengan Guam sebelum ini, namun tidak sekali menggoyangkan misi pasukan muda negara.
Pada aksi pertama skuad negara tampil dengan keyakinan tinggi di Bogor apabila melakar kemenangan fantastik 4-0 ke atas Palestin sebelum itu.
Artikel Berkaitan