Jangan letak syarat muafakat Melayu Islam

Iklan
Wadah politik Melayu Islam ini perlu diperkukuhkan dan tidak sepatutnya ada sebarang syarat diberikan. - Gambar hiasan

MERAK Jalanan merasa kasihan apabila Pas dikenakan syarat oleh UMNO jika mahu menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN).

Sudah berbulan-bulan hubungan yang terjalin sejak 14 September 2019 bertukar menjadi seperti pasangan suami isteri yang tidak lagi sehaluan dan tinggal sebumbung.

Iklan
Iklan

Masih belum ada sebarang keputusan 'pasangan' itu bercerai sebaliknya masih dalam peringkat sulh atau dalam erti kata lain kaunseling masalah rumah tangga.

UMNO telahpun meletakkan tiga syarat iaitu bercerai dengan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dan mengisytiharkan perpisahan secara rasmi.

Iklan

Bagaimanapun, Pas masih tetap dengan pendirian supaya UMNO dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) tetap bersama sebagai satu gabungan parti Melayu Islam.

Bagi Merak Jalanan, memang elok benar supaya wadah politik Melayu Islam ini diperkukuhkan dan tidak sepatutnya ada sebarang syarat diberikan.

Iklan

Tetapi Merak Jalanan juga mahu letak syarat juga. Pastikan segala isu-isu rasuah dan salah guna kuasa jadi satu daripada perjuangan Melayu Islam.

Janganlah sekadar mahu berkongsi kuasa dan bercita-cita besar mendapat habuan apabila jadi kerajaan.

Namun, melihat perkembangan semasa masih belum nampak cahaya kedua-dua parti terbesar Melayu Islam itu akan bersatu.

Mungkin selepas pilihan raya nanti, andai tiada pihak ada majoriti bentuk kerajaan mungkin pada masa itu MN boleh jadi kenyataan.