[VIDEO] PN sedia bentang belanjawan lebih baik untuk rakyat, negara

Iklan
Muhyiddin (tengah) disambut pemimpin dan penyokong PN sempena Pelancaran PN Perak di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad.

KUALA KANGSAR - Perikatan Nasional (PN) sedia membentangkan belanjawan yang lebih baik untuk rakyat dan negara sekiranya menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman memimpin kerajaan PN hampir 17 bulan lalu, membuktikan masalah rakyat dapat diurus dengan cekap menerusi pakej rangsangan diperkenalkan yang telah menyelamatkan banyak perniagaan, individu dan orang miskin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program-program prihatin yang diperkenalkan ketika itu menyelamatkan rakyat mengatasi isu-isu kos dan saraan hidup yang terbeban disebabkan pandemik Covid-19.

"Bajet sudah bentang, kalaulah jadi esok (Isnin) Parlimen dibubarkan, apa jadi dengan belanjawan itu? Adakah sekadar halwa untuk sedapkan telinga.

Iklan

"Tidak mengapa, jika betul terhenti di situ (bubar), pilihlah PN, kita akan bentang belanjawan yang lebih baik, kita ada pengalaman," katanya ketika merasmikan Pelancaran PN Perak di Dewan Jubli Perak di sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi PN Perak yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Iklan

Muhyiddin berkata, janji PN apabila membentuk kerajaan negeri dan pusat adalah hendak menguruskan masalah rakyat.

Dalam pada itu ujar Muhyiddin, Perak akan menjadi indikator kepada kemenangan PN di seluruh negara pada PRU15 ini.

Katanya, dari segi persiapan dan gerak kerja jentera yang ditunjukkan ketiga-tiga parti kompenan iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan memberi peluang tinggi untuk menang di negeri itu.

"Saya sudah dapat rasakan Perak boleh menang, nampak ada harapan baik.

"Kalau menang peringkat Perak, menang seluruh negara, harap Johor pun menang jugalah," katanya.