'Dewan Rakyat bersidang seperti biasa' - Azhar

Iklan
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan beliau tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan pembubaran Parlimen setakat tengah hari ini.

Azhar berkata, sehubungan itu sesi Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas akan diteruskan seperti dijadualkan esok.

Iklan
Iklan

"Setakat ini tiada sebarang pemakluman (pembubaran Parlimen) dan kita bersedia untuk jalankan aturan urusan majlis seperti dirancang.

"Sidang akan diteruskan esok dengan pertanyaan menteri (MQT), pertanyaan lisan dan pembahasan pertama Bajet 2023," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang dipercayai berkaitan dengan mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen.

Media tempatan melaporkan kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak diketahui media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.

Iklan

Sementara itu, Azhar berkata, sekiranya berlaku pembubaran Parlimen, watikah pembubaran itu akan dihantar kepada beliau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh pihak berkaitan.

"Apabila umum sahaja pembubaran Parlimen maka saya dan SPR akan dimaklumkan secepat mungkin dan serta-merta selain watikah pembubaran itu akan dihantar terus kepada saya dan SPR," jelasnya.