PUTRAJAYA - Satu perutusan khas dipercayai berhubung pembubaran Parlimen akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
Menerusi satu poster yang dikeluarkan, pengumuman itu akan dibuat menerusi saluran televisyen tempatan jam 3 petang ini.
Iklan
Iklan
Pada Ahad, akhbar tempatan melaporkan Ismail Sabri dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pembubaran Parlimen sebelum baginda berlepas ke London.
Difahamkan satu pertemuan dengan Top 5 UMNO berlangsung malam tadi di Kuala Lumpur.
Ismail Sabri dijangka mengadakan pertemuan dengan menteri kabinet dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi memaklumkan bahawa beliau sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.