Dua termasuk warga emas ditahan seludup arak

Iklan
MUAR - Dua lelaki termasuk seorang warga emas ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM112,218.60 di sebuah premis di kawasan Bukit Pasir pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek masing-masing berusia 47 dan 62 tahun itu ditahan Pasukan Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar serta Pasukan Risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri menerusi Op Kontraban kira-kira jam 4 petang.

"Jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah RM112,218.60," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. - Bernama