Bubar Parlimen tanda tidak endah nasib rakyat

Iklan
Young Syefura

BENTONG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman kesal dan menyifatkan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin memperlihatkan UMNO-BN tidak mengendahkan nasib dan nyawa rakyat apabila berkeras untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim monsun.

Menurutnya, perasaan bercampur baur selepas mendengar pengumuman berkenaan dan menyifatkan pihak itu hanya mementingkan hawa nafsu.

Iklan
Iklan

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menghukum keangkuhan UMNO-BN. Mari keluar beramai-ramai untuk tewaskan semula BN dan juga Perikatan Nasional (PN) yang telah menjadi sebab demokrasi negara ini tercalar akibat peristiwa Langkah Sheraton.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru rakyat keluar menjalankan tanggungjawab pada PRU15 untuk menghukum pihak yang mementingkan diri.

Iklan

"Ayuh rakyat Malaysia. Keluar mengundi. Bela nasib dan maruah negara yang semakin tercalar akibat kerakusan hawa nafsu pemimpin gila kuasa.

" Saya, Young Syefura Othman, bersedia menghadapi PRU15 dan ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama Pakatan Harapan dan humbankan BN dan PN ke lembah yang mereka tidak mungkin akan bangkit kembali," tegas beliau.

Iklan