Kipas pengalir udara tidak dibuka punca tiga individu pengsan

Iklan
Pasukan Hazmat sedang memeriksa lokasi kejadian di Pandan Jaya pada Isnin.

AMPANG - Polis telah mengenal pasti punca kejadian tiga individu ditemui pengsan dalam sebuah restoran makanan segera di Pandan Jaya di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berpunca daripada kipas pengalir udara (air ventilation) tidak dibuka semasa pekerja restoran itu menggoreng ayam yang menyebabkan asap tidak dapat keluar dari dapur premis berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kandungan gas karbon oksida dan karbon monoksida yang melebihi kandungan gas oksigen menyebabkan kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Selangor dan Kuala Lumpur serta pasukan Bomba dan Penyelamat Pandan Indah serta pasukan perubatan dari Hospital Ampang telah ke lokasi kejadian.

Iklan

"Dalam kejadian pada jam 9.56 pagi itu, dua pekerja restoran telah pengsan dan seorang lagi pekerja dalam keadaan lemah.

Mohamad Farouk

"Semasa pihak ambulans dari Hospital Ampang memberi bantuan kepada ketiga-tiga mangsa, seorang pembantu perubatan turut pengsan, manakala seorang lagi pembantu perubatan serta pemandu ambulans dalam keadaan lemah," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan selanjutnya.

"Kesemua mangsa dalam keadaan stabil. Kes diklasifikasikan sebagai rujuk lain agensi (RLA) kepada Hazmat dan pasukan bomba dan penyelamat.

"Pengusaha restoran atau makanan segera dinasihatkan agar mematuhi serta melaksanakan prosedur operasi standard dan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan," katanya.