Tubuh RCI TH, Azmin bidas Pemuda UMNO

Iklan
Mohamed Azmin ditemui pada sidang media selepas program ceramah di Bilik Gerakan DAP, malam tadi. - Foto ADAM AMIR HAMZAH

SEREMBAN - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan dan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji (TH).

Katanya, Bank Negara sebelum ini pernah menegur penyelewengan dalam TH ketika pengurusan tabung itu masih di bawah pentadbiran BN.

Iklan
Iklan

"Saya hairan mengapa Pemuda UMNO tidak cadangkan RCI ditubuhkan ketika mereka (BN) masih lagi memerintah.

"Sedangkan penyelewengan itu berlaku pada 2018 sewaktu BN masih lagi menjadi kerajaan,"katanya pada sidang selepas program ceramah di Bilik Gerakan DAP di sini, malam tadi.

Iklan

Menurutnya, Pemuda UMNO tidak perlu berlagak juara dalam mempertahankan kesalahan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

"Kerajaan PH mengambil tindakan berani dan bijak apabila mengumumkan bayaran hibah yang rendah kepada pendeposit,"katanya.

Iklan

Terdahulu, Asyraf Wajdi melalui hantaran di Facebooknya semalam, mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan dan salah laku dalam pengurusan TH.

Menurutnya, penubuhan RCI itu amat penting supaya dapat menjernihkan kekusutan masyarakat yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap tabung itu.

Jumaat lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan kadar hibah TH bagi 2018 yang terendah dalam sejarah sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan RM913 juta.