UMNO adakan dua mesyuarat khas

Iklan
UMNO mengadakan dua mesyuarat khas di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur kembali menjadi tumpuan media pada Isnin berikutan dua mesyuarat khas UMNO yang bakal berlangsung.

Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO akan diadakan pada jam 5 petang, manakala Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadualkan jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan di media sosial.

"Jam 5 petang hari ini Isnin, Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO akan diadakan. Jam 8 malam hari ini juga, Mesyuarat Khas MKT UMNO akan diadakan. Di #WTCKL. Salam perjuangan," katanya.

Iklan

Mesyuarat berkenaan dipercayai bagi membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan pada Isnin.

Antara yang kelihatan hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; MKT UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam Perutusan Khas pada Isnin.

Beliau berkata, proses berkenaan adalah berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan, sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan suara- suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap," katanya.