Diaz terlepas aksi Piala Dunia

Iklan
Diaz (tengah) mengalami kecederaan lutut. - Foto Agensi

PENYERANG Liverpool, Luis Diaz bakal terlepas aksi Piala Dunia bersama Colombia berikutan kecederaan lutut.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ketika The Reds tewas 2-3 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Diaz dilihat meninggalkan Stadium Emirates dengan memakai tongkat, manakala lututnya dibalut.

Kecederaan Diaz dilaporkan tidak serius kerana ujian imbasan menyebut bahawa dia tidak perlu dibedah.

Iklan

Bagaimanapun, dilaporkan kecederaan itu boleh menyebabkan dia diketepikan hingga selepas Piala Dunia yang akan bermula pada 20 November.

Diaz akan terlepas sekurang-kurangnya 10 aksi buat skuad kendalian Jurgen Klopp yang ketika ini menghuni tangga ke-10 EPL.

Iklan

Ia satu lagi cabaran besar buat The Reds berikutan Diaz muncul sebagai pemain berpengaruh sejak menyertai kelab itu dari Porto pada Januari.

Dia berharap akan kembali beraksi apabila EPL bersambung pada Disember selepas Piala Dunia.

Liverpool juga sudah berdepan masalah kecederaan dengan Trent Alexander-Arnold yang masih menanti keputusan kecederaan pergelangan kaki ketika berdepan Arsenal.