Ban pecah akibatkan dua lokasi di Tanjong Karang 'banjir'

Iklan
Pasar Awam Tanjong Karang mengalami limpahan air berikutan kejadian ban pecah pada Selasa.

TANJONG KARANG - Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh di sini mengalami limpahan air berikutan kejadian ban pecah pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan berlaku limpahan air yang naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 hingga 0.9 meter," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun Norazam berkata, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

Iklan

"Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Sebelum ini, tular di laman Facebook gambar dan video memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.

Iklan