Skuad B-16 mahu adakan kem latihan di Timur Tengah, Jepun

Iklan
Skuad B-16 tiba dari Indonesia di KLIA, malam Isnin.

SKUAD Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan berharap dapat menjalani kem latihan di Timur Tengah atau Jepun menjelang kempen pusingan akhir Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) 2023.

Ketua jurulatih Osmera Omaro berkata, selain bertujuan memberi pendedahan, pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan kuat dari Timur Tengah atau Jepun dalam usaha untuk memberi tentangan sengit pada saingan berprestij bola sepak belia Asia itu.

Iklan
Iklan

"Walaupun cemerlang (layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023), namun masih banyak lagi aspek perlu diperbaiki.

"Antara cara terbaik adalah memberi pendedahan menentang pasukan kuat dari Timur Tengah atau pun Jepun bagi mereka mendapatkan pengalaman bermain pada intensiti yang sama pada pusingan kelayakan kali ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama skuad negara dari Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam Isnin.

Pada aksi kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Indonesia, Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan menumpaskan Palestin 4-0 diikuti seri 1-1 menentang Guam sebelum mengejutkan pasukan pilihan Emiriah Arab Bersatu 3-2 dan melengkapkan saingan dengan ‘meratah’ tuan rumah, 5-1.

Iklan

Dalam pada itu, Osmera memaklumkan mereka akan mencuba sedaya upaya untuk muncul empat pasukan terbaik di Piala Asia B-17 2023, sekali gus mencatat sejarah layak ke Piala Dunia B-17 buat julung-julung kalinya, juga tahun depan.

Sementara itu, pengurus pasukan, Christopher Raj berkata, Iran, Jepun dan Korea Selatan berada dalam radar pihaknya bagi menguji tahap kekuatan skuad muda negara menjelang Piala Asia B-17 2023.

Beliau menarik perhatian kejayaan skuad negara mengejutkan Palestin 4-0 dan Emiriah Arab Bersatu 3-2 membuka mata semua pihak lawan mengenai kemampuan dimiliki pasukan negara.

Ini adalah kali keenam skuad muda kebangsaan layak ke pentas Piala Asia B-17 selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 selaku tuan rumah.

Pencapaian terbaik skuad muda di saingan berprestij itu adalah pada edisi 2014 apabila layak ke suku akhir namun gagal ke saingan seterusnya selepas tewas nipis 1-2 di tangan Australia. - Bernama