Permohonan jadi pemerhati PRU15 dibuka bermula hari ini

Iklan
Permohonan sebagai pemerhati bagi PRU15 dibuka bermula Selasa dan akan ditutup pada 21 Oktober.

KUALA LUMPUR - Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka bermula Selasa dan akan ditutup pada 21 Oktober.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"SPR mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mereka yang ingin memohon boleh melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan.

Iklan

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Dengan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.- Bernama

Iklan