[VIDEO] Tun M kekal tanding di Langkawi

Iklan
Dr Mahathir (duduk, tengah) mengumumkan beliau akan pertahankan kerusi P004 Langkawi pada PRU15.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi P004 Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), pencalonannya bukanlah sebagai bakal Perdana Menteri sebaliknya hanya sebagai calon wakil rakyat.

Iklan
Iklan

"Kita buat keputusan iaitu di Langkawi yang mana calonnya adalah Dr Mahathir Mohamad," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Gerakan Tanah Air (GTA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Selasa.

Menurutnya, mesyuarat bersetuju GTA akan menggunakan nama, logo dan bendera Pejuang berikutan pendaftaran gabungan itu sebagai parti politik belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Iklan

"Semua bersetuju GTA akan bertanding menggunakan nama Pejuang melainkan di Kelantan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memutuskan calon yang bertanding di Kelantan akan menggunakan nama dan logo Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) atas sebab-sebab tertentu.

Iklan

"Calon dari gabungan ini yang bertanding di Kelantan akan menggunakan nama Putra," katanya.

Dr Mahathir berkata, GTA memperuntukkan lebih 120 calon di seluruh negara termasuk di Sabah.

"Kita juga akan meletakkan calon muda dan wanita sebagai strategi, parti namun jumlah kerusi belum diputuskan," katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir memaklumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Langkawi, namun ia bertukar fikiran pada Julai lalu.

Dr Mahathir yang ketika itu menggunakan tiket PKR mencipta kejutan pada PRU14 apabila memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan 18,954 undi.

Beliau menewaskan pencabarnya dari BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,863 undi.