GEORGETOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat ketetapan sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang atau sebaliknya.
Pengerusinya, Chon Kon Yeow berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat bersama rakan komponen PH Pulau Pinang yang diadakan di sini, pada Selasa.