Tebing banglo runtuh

Iklan
Keadaan di lokasi runtuhan tebing rumah banglo di Taman Ferngrove, malam tadi.

CHERAS – Tebing di belakang sebuah rumah banglo tiga tingkat di Taman Ferngrove, di sini, runtuh, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 malam.

Iklan
Iklan

"Sepasukan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokas kejadian, kita mendapati runtuhan tebing ini melibatkan tanah di bawah lantai koridor di bahagian belakang dapur rumah tersebut.

"Ia tidak melibatkan dinding struktur rumah. Tiada arahan pengosongan bangunan setakat ini memandangkan keadaan dalam bangunan rumah masih selamat,” katanya.

Iklan
Runtuhan tebing di belakang sebuah banglo di Taman Ferngrove, malam tadi.

Menurutnya, bilik kawalan balai telah menghubungi pihak Smart Selangor Command Center untuk mendapatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Kerja Raya Unit Cerun ke lokasi kejadian.

"Pihak Kejuruteraan MPKj telah hadir di lokasi untuk melakukan penilaian semasa,” katanya.

Iklan