'Terima kasih Datuk Seri' - Onn Hafiz

Iklan
Onn Hafiz bersama Ahmad Zahid. - Foto Facebook Onn Hafiz

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan melaksanakan tugasnya selaku Pengarah Operasi BN Johor dengan sebaik mungkin pada PRU15 kelak.

Menurut Onn Hafiz, beliau juga akan berusaha untuk membantu Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad bagi memastikan kemenangan.

Iklan
Iklan

"Terima kasih atas kepercayaan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah melantik saya sebagai Pengarah Operasi BN Johor bagi PRU15.

"Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin membantu Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad pada PRU kali ini.

Iklan

"Semoga kemenangan berada di pihak kita,” katanya di laman Facebook pada Selasa.

Sementara itu Onn Hafiz berkata, beliau juga telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Iklan

Katanya, mesyuarat berkenaan ternyata lebih banyak tertumpu kepada gerak kerja PRU15 nanti.

"Insya-Allah, UMNO dan BN akan sentiasa bersedia dan fokus untuk berkhidmat untuk rakyat.

"Malah, Presiden UMNO juga telah berjumpa dengan ADUN-ADUN BN Johor minggu lalu untuk terus merangka strategi terbaik bagi menjamin kemenangan,” katanya.