Indeks harga seunit bahan binaan naik sehingga 12.7 peratus

Iklan
Indeks harga seunit besi serta keratan keluli dan logam, masing-masing meningkat 8.7 peratus dan 8.3 peratus pada September. (Gambar hiasan) - Foto 123rf

INDEKS harga seunit bahan binaan naik antara empat dan 12.7 peratus pada September 2022 berbanding setahun yang lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Indeks harga seunit besi serta keratan keluli dan logam, masing-masing meningkat 8.7 peratus dan 8.3 peratus bagi tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

Indeks harga seunit besi serta keratan keluli dan logam mencatatkan penurunan 2.0 peratus dan 0.9 peratus berbanding Ogos 2022, katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Kos Bahan Binaan bagi September 2022 hari ini.

"Terdapat bahan binaan lain yang kekal tidak berubah iaitu papan lapis bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; bahan bumbung bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia (kecuali di Johor), semua kawasan di Sabah dan Miri, Sarawak,” katanya.

Iklan

Sementara itu, katanya perbandingan tahunan pula mencatatkan purata harga besi dan simen telah meningkat, masing-masing 6.4 peratus dan 10.1 peratus.

Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars adalah RM3,698.29 bagi setiap tan metrik mencatatkan penurunan 2.1 peratus berbanding bulan sebelumnya (Ogos 2022: RM3,778.71 per tan metrik).

Iklan

Purata harga simen (Portland biasa) pula adalah RM20.82/50 kg turun 0.6 peratus berbanding RM20.95/50 kg (Ogos 2022). - Bernama