Forest perlu lebih agresif di City Ground

Iklan
Cooper

NOTTINGHAM Forest perlu lebih agresif mengawal permainan seterus meraih tiga mata dalam setiap kali kunjungan pasukan lawan ke laman keramat City Ground musim ini.

Itu harapan pengendali Forest, Steve Cooper selepas skuad kendaliannya melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Selasa.

Iklan
Iklan

Biarpun begitu, Cooper menyifatkan mengutip satu mata berdepan anak buah Steven Gerrard itu merupakan petanda positif memandangkan prestasi kelab yang baharu dinaikkan dari Liga Kejuaraan musim ini berada pada tahap menyedihkan.

"Ia satu keputusan yang adil, biarpun bukanlah cita-cita untuk bermain di tempat sendiri dan tidak mempunyai banyak bola. Tetapi keadaan itu bermakna kami terpaksa menerima bahawa ia adalah satu langkah ke hadapan.

Iklan

"Kami cuba menyatukan satu pasukan tetapi itu bukan alasan untuk tidak berlari atau bersaing dengan lawan. Kami melakukannya dengan lebih baik malam ini. Kami lebih dalam dan lebih padat. Adakah ini cara permainan kegemaran saya? Tidak. Tetapi ia adalah sesuatu yang betul untuk malam ini," katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang Emmanuel Dennis meletakkan Forest di depan pada minit ke-15, sebelum Villa bertindak balas menerusi rembatan hebat Ashley Young di minit ke-22.

Iklan

Keputusan seri itu menamatkan rentetan lima kekalahan berturut-turut seterusnya melonjakkan Forest di atas Leicester City ke tangga ke-19 liga.