Petronas sumbang peralatan banjir hadapi MTL

Iklan
M Ahmad Shazly(empat dari kiri) mewakili Petronas menyampaikan sumbangan kelengkapan banjir kepada agensi penyelamat di Kota Darulnaim, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Petronas menyumbangkan peralatan banjir kepada agensi penyelamat di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November hingga Mac tahun depan.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan tersebut merupakan dua unit bot dilengkapi enjin, tangki bahan api serta kemudahan roda mudah alih.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 700 unit jaket keselamatan, 1,000 unit khemah perlindungan dan 7,000 helai baju hujan turut disumbangkan.

"Peralatan tersebut diharap dapat membantu agensi penyelamat di Kelantan menghadapi banjir dengan penuh berkeyakinan," katanya semasa menyampaikan sumbangan tersebut di Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Iklan

Hadir menerima sumbangan tersebut, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurut beliau, sumbangan berbentuk peralatan menyelamat dan perlindungan kepada mangsa banjir itu merupakan salah satu tanda sokongan kepada agensi penyelamat.

Iklan

Tambahnya, Petronas berterima kasih di atas komitmen yang telah diberikan oleh pihak berkuasa di dalam usaha menyelamat mangsa banjir selama ini.

"Kami berharap agar sumbangan yang disampaikan dapat membantu agensi terbabit membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh," katanya.