BN gunakan Bajet 2023 ugut pengundi

Iklan
Muhammad Shamsuddin

JOHOR BAHRU - BN akan menjadikan Bajet 2023 sebagai bahan kempen politik dan mengugut pengundi jika tidak memilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bajet tersebut tidak akan dilaksana.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, rakyat perlu berfikiran matang dalam menilai perkara itu serta tidak mensia-siakan undi mereka.

Iklan
Iklan

Beliau menegaskan, rakyat perlu menggunakan kuasa undi untuk memilih kerajaan yang berwibawa, berintegriti serta mendukung keprihatinan rakyat seperti diperjuangkan Perikatan Nasional (PN).

"Kami yakin BN akan gunakan Bajet 2023 sebagai modal kempen kerana Perdana Menteri secara terbuka telah meminta rakyat memberi kemenangan kepada BN pada PRU15 supaya janji dalam Bajet 2023 yang dibentangkan di Parlimen, Jumaat lalu dapat dilaksanakan.

Iklan

"Kami melihat kenyataan Perdana Menteri itu berbaur 'ugutan, paksaan atau tekanan' kepada pengundi supaya menyokong dan memenangkan calon BN atau sebaliknya rakyat tidak mendapat bantuan termasuk wang tunai jika BN tewas dalam PRU15," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau tidak menafikan Bajet 2023 itu adalah bajet pilihan raya kerana merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara sedangkan kerajaan mempunyai komitmen yang besar dengan kemampuan yang terbatas.

Iklan

Katanya, bajet itu sukar untuk diterjemahkan dan sekadar 'sandiwara politik' BN bagi mengaburi mata rakyat daripada mengetahui perbuatan dan niat mereka yang lebih utama iaitu membubarkan Parlimen bagi membuka laluan PRU-15 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Muhammad Shamsuddin berkata, Armada Johor menyifatkan Bajet 2023 hanya umpan kerana BN sedar pembubaran Parlimen dibantah sebahagian besar rakyat, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Mereka tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen yang akan memaksa PRU15 diadakan dalam musim tengkujuh ini.

"Perkembangan mutakhir ini jelas mendedahkan kebobrokan pemimpin UMNO yang tidak peduli kepentingan rakyat apabila mempolitikkan Bajet 2023 dan mempertaruhkan keselamatan rakyat dengan tetap membubarkan Parlimen," katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen dalam satu perutusan khas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau menghadap baginda.