'PH guna skrip sama, semua salah UMNO' - Zahida Zarik Khan

Iklan
Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana masih menggunakan skrip sama dengan menyalahkan UMNO apabila Parlimen dibubarkan.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sekiranya PH takut kepada undi rakyat, gabungan parti berkenaan dicabar agar memboikot Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Hakikatnya 12 orang menteri daripada serpihan PH hantar surat tidak setuju Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan tahun ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Ini secara tersiratnya, 12 menteri PN (Perikatan Nasional) tersebut sama macam hilang sokongan kepada Perdana Menteri. Jadi apa lagi pilihan yang ada?

Iklan

"Hendak terus mangsakan rakyat akibat kecelaruan politik yang bermula daripada tindakan PH tumbangkan kerajaan sendiri," soalnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Beliau menambah, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah pun perkenan, Parlimen ke-14 sudah pun dibubarkan.

Iklan

Pada Isnin, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan berkata, UMNO harus dipersalahkan atas kos tambahan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan dengan PRU15.

Menurutnya, PH tidak boleh dipersalahkan kerana ia telah pun mengumumkan bahawa Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Zahida berkata, dalam sejarah sistem demokrasi, ini pertama kalinya pembangkang takut dan tidak mahu pilihan raya.

Ini berikutan keputusan negeri-negeri tadbiran pihak lawan enggan membubarkan DUN iaitu tiga negeri di bawah PH melibatkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Pas.

"Lepas 22 bulan penuh dengan kehancuran gagal menjamin kestabilan negara dan rakyat walau diberi mandat.

"Siapa yang khianat? Jadi eloklah kalian terus jadi pembangkang untuk penggal seterusnya,” katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.