KUANTAN - Kerajaan Pahang diminta memperluaskan inisiatif bagi menangani masalah kemiskinan haid kepada semua golongan wanita B40.
Young Syefura Othman (DAP- Ketari) berkata, isu kemiskinan haid bukan sahaja melibatkan golongan remaja B40 malah melibatkan semua wanita daripada golongan tersebut.
"Kemiskinan haid juga bukan sahaja berkaitan dengan isu kesusahan golongan wanita untuk mendapatkan tuala wanita.
"Kekurangan air bersih untuk membersihkan diri ketika didatangi haid juga antara aspek yang termasuk dalam kemiskinan haid," katanya ketika ucapan perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Selasa.