KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan berjumlah RM9,700, di pejabat suruhanjaya itu, semalam.
Anggota berpangkat Sarjan berusia 27 tahun dan Lans Koperal berusia 25 tahun itu ditahan antara jam 5 petang hingga 6.20 petang, manakala lelaki berusia 45 tahun tersebut pula ditahan pada jam 10.45 malam.
Iklan
Iklan
Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua anggota polis tersebut didakwa menerima wang suapan sebanyak RM9,700 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum.
"SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini.
"Kesemua akan suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.
Pengarah SPRM Negeri Kelantan, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.