KULIM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim bersiap sedia dari segi keanggotaan dan logistik bagi menghadapi perubahan fasa Monsun Timur Laut pada bila-bila masa.
Pegawai APM Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, seramai 35 anggota kini bersiap sedia untuk digerakkan dalam satu jam pertama ke lokasi sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.
Iklan
Iklan
"Dari segi logistik pula, APM Kulim turut menyediakan 10 bot yang sedia digerakkan jika diperlukan.
"Kita kini dalam situasi kesiapsiagaan menghadapi perubahan fasa Monsun Timur Laut yang diramal bermula November ini sehingga Mac depan," katanya.
Katanya, berdasarkan sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), terdapat 46 kawasan hotspot banjir sekitar Kulim yang berisiko berlakunya banjir.
"Disebabkan itu, penduduk dinasihatkan agar ambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa," katanya.