[VIDEO] 'Ismail Sabri patut salahkan diri sendiri' - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin (tengah) semasa menghadiri mesyuarat Bersatu Sabah di Ibu Pejabat Bersatu di Alam Mesra pada Selasa.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bukan menyalahkan pihak lain berhubung pembubaran Parlimen.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menyalahkan jemaah menteri atas keputusan pembubaran Parlimen adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Saya fikir dia tidak boleh menyalahkan siapa yang bertanggungjawab. Kita tidak mahu pertikaikan yang dipersembahkan kepada Agong (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Agong telah bertindak atas budi bicaranya.

"Bukan dia kata dia setuju kerana ada desakan daripada sesiapa, kita minta seboleh mungkin jangan ada pilihan raya. Siapa sini suka pilihan raya masa banjir, tak ada kan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Bersatu Sabah di Ibu Pejabat Bersatu di Alam Mesra di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Ismail Sabri pada Selasa yang menyifatkan tindakan 12 menteri yang mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini menjejaskan keharmonian dalam kabinet.

Katanya lagi, tindakan itu hanya untuk menyuarakan suara rakyat dan wakil sidang kabinet kerana tidak ada perbincangan secara mendalam mengenai pembubaran Parlimen.

Iklan

"Saya sebenarnya ada perjanjian dengan Datuk Seri Ismail Sabri waktu beliau menjadi Perdana Menteri, kandungannya kalau nak dibubarkan Parlimen sewajarnya bincanglah dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

"Kenapa kita minta itu, kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan, adilkah? Ini tidak adil. Jadi bila dia tahu semua orang serang dia dari semua arah, dia kata Muhyiddin punya salah, ini menteri yang salah," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri harus menyalahkan dirinya sendiri.

"Jangan salahkan kita, kita menyuarakan tanggungjawab parti, menjaga kebajikan rakyat, prihatin nasib rakyat, kita suarakan itu.

"Perdana Menteri pun walau apa-apa pun dia nak kata, tetapi dia perlu bertanggungjawab tentang apa dia dah lakukan sebab itu jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri apa yang sudah dilakukan," katanya.