Perkenal dim sum halal untuk 'orang Terengganu'

Iklan
Maimun menjual dim sum halal yang mem­punyai dua rasa berbeza iaitu dim sum ayam dan daging di sekitar pasar-pasar malam di daerah Marang.

MARANG - Kebiasaannya peniaga lain memilih untuk menjual pelbagai aneka makanan tradisional Melayu sebagai sumber pendapatan mereka namun berbeza bagi seorang peniaga wanita, di sini.

Mariam Sulaiman, 40, memilih untuk menjual hidangan popular dalam kalangan masyarakat Cina, dim sum yang kini menjadi antara makanan kegemaran masyarakat khususnya orang Melayu di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurut Mariam, dia memilih dim sum untuk membuat sedikit kelainan dan cuba untuk bersaing dengan pasaran kuih-muih tempatan yang banyak terdapat di pasar malam sekitar daerah ini.

"Saya belajar menghasilkan dim sum daripada rakan di samping mempelajari daripada bahan bacaan dan cara penyediaannya menerusi YouTube sebelum membuat perancangan untuk menjual dim sum.

Iklan

"Saya suka mencuba makanan yang baharu khususnya dari kaum lain dan tidak salah sekiranya bahan dan cara pembuatannya halal serta jaminan kebersihan untuk pelanggan," katanya ditemui di sini hari ini.

Mariam berkata, dia baharu sahaja memulakan perniagaan itu di pasar malam kira-kira dua bulan lalu dan makanan yang dijual pada harga RM3 bagi lima ketul dim sum itu mendapat sambutan baik.

Iklan

Menurutnya, dia bersyukur kepada ALLAH SWT kerana sambutan pelanggan begitu memberangsangkan kerana mereka ingin mencuba kelazatan hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina itu.

"Pelanggan saya bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu malah kaum Cina yang turut ingin merasa dim sum yang dibuat oleh saya,” katanya yang aktif berniaga di pasar-pasar malam sekitar daerah di sini.

Dalam pada itu, Mariam juga bercadang untuk berniaga pada bulan puasa ini di Pasar Ramadan Bandar Marang dengan dim sum halal yang mempunyai dua rasa berbeza iaitu dim sum ayam dan daging.