[VIDEO] Trafik sesak, sisa kayu bertaburan

Iklan
Sisa kayu bertaburan menyebabkan semua laluan arah selatan terhalang. Foto: Ihsan pembaca

IPOH - Sebuah lori bermuatan sisa kayu terbabas di Kilometer 264.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 8.15 pagi itu menyebabkan semua laluan menghala ke Kuala Lumpur terhalang dan trafik sesak lebih empat kilometer.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, pemandu dan kelindan dianggarkan berusia 30-an mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan.

Semua laluan menghala ke Kuala Lumpur terhalang selepas sebuah lori bermuatan sisa kayu terbabas berhampiran Terowong Menora di Ipoh. Foto: Ihsan pembaca

Twitter Plus Trafik memaklumkan laluan kontra diaktifkan menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Iklan

Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sementara kerja-kerja pengalihan lori sedang dijalankan.

Iklan