Terowong SMART dibuka semula selepas ditutup hampir dua jam

Iklan
Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup hampir dua jam susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup hampir dua jam susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi.

Pusat Kawalan SMART dalam hantarannya menerusi laman Facebook memaklumkan, sistem telah kembali kepada mod 1 iaitu dibuka kepada trafik pada 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Jumlah kadar air Sungai Klang-Sungai Ampang telah dilencongkan sebanyak 1,743,923 meter padu,” menurut pusat kawalan itu.

Terdahulu, terowong lebuhraya SMART beroperasi dalam mod 3 kira-kira pukul 8 pagi tadi iaitu terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong.

Iklan

Sementara itu, menurut Info Trafik Kuala Lumpur @klccc_dbkl dalam laman Twitternya memaklumkan, keadaan trafik di beberapa laluan utama memasuki ibu kota juga sesak antaranya dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak, dari Ukay Perdana ke Ampang, dari Petronas/Shell Teknologi Park Malaysia ke Tol Sungai Besi.

Kesesakan juga berlaku di Jalan Tun Razak dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Bulatan Pahang dan dari Bangunan RHB ke Kedutaan Amerika Syarikat. - Bernama

Iklan