Program Visa Premium bakal jana hasil RM206 juta

Iklan
Khairul Dzaimee

SHAH ALAM - Program Visa Premium Malaysia (PVIP) yang menyasarkan pelabur luar negara dan taikun perniagaan antarabangsa menerima sambutan memberangsangkan sejak diumumkan 1 September lalu.

PVIP bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menjana hasil pendapatan negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen Malaysia), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, 16 agensi telah dilantik sebagai ejen untuk menguruskan PVIP bermula 1 Oktober dengan kuota visa sebanyak 10,300.

Iklan
Iklan

"Setiap agensi atau syarikat yang dilantik untuk mengendalikan program ini dikehendaki membuat bayaran deposit 10 peratus daripada fi penyertaan RM200,000 untuk setiap prinsipal.

Khairul Dzaimee berkata, ejen atau syarikat yang dilantik serta peserta PVIP terpilih hendaklah memenuhi syarat ketat sebelum diberikan kelulusan oleh Jawatankuasa Pelulus.

Iklan

"Ejen atau syarikat yang dilantik hendaklah mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 juta dan berkeupayaan menjelaskan deposit sebanyak 10 peratus daripada jumlah kuota yang diluluskan.

"Bagi peserta pula, mereka hendaklah mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan, dan membuat simpanan dalam akaun tetap di bank tempatan sebanyak RM1 juta," jelasnya.

Iklan

Beliau berkata, deposit berkenaan perlu dijelaskan oleh ejen terlibat dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat kelulusan daripada Imigresen Malaysia.

Katanya, program berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa supaya penilaian berterusan berhubung keberkesanan program dalam dijalankan.

Beliau berkata, bagi fasa pertama Imigresen Malaysia menetapkan kuota sebanyak 20,000 peserta.

"Selepas kuota ini dipenuhi, kadar fi penyertaan sebanyak RM200,000 bagi setiap prinsipal akan dikaji semula," ujar beliau.