Pemandu lori didenda RM3,000 pukul adik ipar

Iklan
Jagan (dua dari kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Melaka pada Rabu.

MELAKA - Seorang pemandu lori didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, selepas mengaku bersalah memukul sehingga cedera adik iparnya menggunakan sebatang kayu.

M Jagan, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nabiha Mohd. Noor.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Jagan dengan sengaja menyebabkan 'soft tissue injury' terhadap M R Livesh, 29, menggunakan sebatang kayu di Plaza Mahkota 11 di sini, kira-kira jam 3.30 petang pada 31 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Iklan

Selain itu, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu polis hanya berpendapatan RM1,500 sebulan dan perlu menyara isteri serta tiga orang anaknya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Iklan

Mahkamah menjatuhkan hukuman RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.