JOHOR BAHRU - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat dari Kampung Paya Kenangan, ditutup sepenuhnya pada Rabu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara ditutup pada jam 2 petang.
Iklan
Iklan
Sebelum itu, seramai 17 mangsa banjir dari tiga keluarga dipindahkan ke PPS tersebut pada jam 11 malam pada Selasa, selepas rumah mereka di Kampung Paya Kenangan dilanda banjir kilat.
Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam pada jam 7 petang.
Sementara itu, berdasarkan imej radar dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 9.55 pagi Selasa, daerah Kluang, Mersing, Kulai Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka mengalami hujan lebat dan ribut.