Orang ramai membeli telur ayam di salah sebuah kedai di Jalan Sultan Sulaiman di sini.
Tinjauan mendapati penduduk beratur sejak awal pagi untuk mendapatkan telur ayam berikutan masalah bekalan telur tidak mencukupi di Terengganu berlarutan sejak seminggu lalu dan memberi tekanan kepada peniaga serta pengguna.
Terdahulu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kekurangan bekalan telur ayam dikesan berlaku di Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa negeri lain.
Bagaimanapun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta pihak berkaitan sudah membuat perbincangan dan masalah kekurangan bekalan ini akan selesai dengan secepat mungkin.