PRU15: GTA guna logo Pejuang

Iklan
GTA membuat ketetapan untuk menggunakan lambang dan logo Pejuang bagi menghadapi PRU15 akan datang.

SHAH ALAM - Gerakan Tanah Air (GTA) membuat ketetapan untuk menggunakan lambang dan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara berkenaan juga dipersetujui oleh semua parti komponen dalam gabungan itu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang menyokong mereka.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, secara dasarnya GTA mahu menggunakan lambang serta logo sendiri, namun perkara itu tidak dapat dilakukan kerana gabungan tersebut belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Besar harapan saya agar parti Pejuang, Berjasa, Iman, NGO serta orang perseorangan akan dapat berusaha bersama-sama memastikan kemenangan calon GTA yang bertanding menggunakan logo dan lambang Pejuang,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya pada malam Rabu.

Rakaman video berhubung penggunaan logo bakal digunakan GTA pada PRU15 yang dimuat naik di Facebook Dr Mahathir pada malam Rabu.

Iklan

Pada Selasa, Dr Mahathir mengumumkan GTA akan meletakkan lebih 120 calon di seluruh negara termasuk di Sabah.

Beliau berkata, GTA juga bakal meletakkan calon muda dan wanita sebagai strategi parti untuk memenangi PRU15, namun tidak menetapkan bilangan calon dalam kumpulan itu.

Iklan