Duit simpanan belasan ribu ringgit lesap angkara 'scammer'

Iklan
Muhammad Arif pada program Kompas Rasuah Busters ‘Waspada Helah Scammer’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Ibarat seperti mahu kembali memulakan kehidupan selepas duit berbelas ribu ringgit hasil titik peluh yang disimpan lebur angkara ‘scammer’.

Hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Arif, dia sama sekali tidak menyangka kerana keterujaan menyertai skim pelaburan melalui aplikasi Telegram itu membawa petaka.

Iklan
Iklan

"Dunia saya gelap seketika selepas mengetahui wang yang saya ‘transfer’ ke akaun peribadi kononnya milik syarikat pelaburan itu sebenarnya milik ‘scammer’,” katanya.

Muhammad Arif berkata demikian ketika hadir pada program Kompas Rasuah Busters ‘Waspada Helah Scammer’ dihoskan oleh Anim Ezati Rizki yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Turut menjadi panelis, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Asisten Superintendan Rahmat Fitri.

"Scammer itu menggunakan nama syarikat e-dagang popular untuk menarik saya menyertai pelaburan.

Iklan

"Saya pula terlalu teruja sampai tak sempat nak fikir sebab RM16 yang dikreditkan dalam akaun bank saya itu sebenarnya umpan selepas berjaya menyelesaikan 'task' yang ditawarkan,” katanya yang mempunyai sebuah kedai mencetak cenderamata.

Tambahnya lagi lebih terkilan, duit simpanan isterinya turut digunakan untuk menyertai pelaburan itu.

"Kejadian berlaku dalam tempoh sehari sahaja, sekelip mata wang semua lesap, memang akui saya kurang berkomunikasi dan ambil tahu pasal isu penipuan melalui sindiket ini,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan menggunakan nama syarikat e-dagang popular berkenaan.

"Saya kini cuba bangkit semula, memang sedih apabila duit yang disimpan sejak sekian lama lebur begitu sahaja.

"Saya reda dan anggap apa yang berlaku sebagai satu ujian di atas kelemahan diri sendiri kerana terlalu memikirkan keuntungan dan pulangan yang dijanjikan,” ujarnya.