SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) atas keputusan beliau membubarkan Parlimen.
Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M menegaskan, walaupun Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi pandangan mereka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pengetahuan dan persetujuan parti komponen juga perlu diambil kira.
Tun M menjelaskan, hakikat sebenarnya sememangnya UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera.
"Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera," sindir beliau.
Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, Ismail Sabri menegaskan, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.