Remaja Palestin mati ditembak tentera Israel

Iklan
Tentera Israel ketika bertempur dengan penduduk Palestin di Tebing Barat. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin di kem pelarian Tebing Barat yang dijajah pada hari Rabu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Usama Adawi, 18, terkorban akibat tembakan langsung ke perut di kem Al-Aroub di selatan Tebing Barat, kata kementerian tersebut.

Iklan
Iklan

Agensi berita rasmi Palestin Wafa berkata, remaja itu terbunuh dalam pertempuran ketika tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin dengan menggunakan gas pemedih mata.

Tembakan itu berlaku sehari selepas seorang askar Israel ditembak dan terbunuh di utara Tebing Barat.

Iklan

Penduduk Palestin melancarkan tunjuk perasaan pada Rabu di Baitulmaqdis untuk membantah operasi Israel di kem pelarian Shuafat bersebelahan dengan pusat pemeriksaan kerana ia telah menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Seorang wartawan AFP yang menyaksikan sendiri pertempuran yang berlaku di kem tersebut pada Rabu dengan tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah pemuda Palestin yang membaling batu.

Iklan

Berpuluh-puluh penduduk Palestin sama ada pejuang mahupun orang awam telah terbunuh semasa serbuan tentera Israel di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - Agensi