Simeone puji aksi Atletico ikat Brugge

Iklan
Antara aksi perlawanan Atletico menentang Brugge di Stadium Metropolitano awal pagi Khamis.

PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone memuji aksi ditampilkan anak buahnya meskipun gagal mengutip tiga mata penuh ketika menentang wakil Belgium, Club Brugge dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis.

Simeone menyifatkan persembahan ditampilkan pasukannya adalah yang terbaik pernah dilihat olehnya sepanjang musim ini.

Iklan
Iklan

"Kami bermain antara permainan terbaik musim ini. Banyak perkara baik dilihat dalam perlawanan ini namun gol masih lagi gagal dihasilkan.

"Pusingan ini kami melakukan sesuatu dengan sangat baik, lebih baik daripada perlawanan pertama menentang mereka. Saya menyimpan banyak perkara yang baik daripada perlawanan ini,” katanya.

Iklan

Pada aksi tersebut, Atletico berjaya mengikat pendahulu kumpulan B itu tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Metropolitano awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Brugge layak ke peringkat kalah mati UCL buat pertama kali dalam sejarah mereka, namun peluang Atletico menyertai mereka masih lagi jadi tanda tanya selepas sekadar memperoleh empat mata daripada empat perlawanan Kumpulan B.

Iklan

Untuk rekod, Atletico kini gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir UCL, termasuk setiap tiga perlawanan sebelum ini.