PENGELUAR minuman buah-buahan berjenama Sunquick, Barkath CO-RO telah melancarkan logo korporat sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-30 pada 6 Oktober lepas.
Pengurus Besar Barkath CO-RO, Herluf Nissen berkata, Barkath CO-RO merupakan usahasama syarikat tempatan, Barkath Foods Sdn Bhd (Barkath) dan syarikat dari Denmark, CO-RO sejak 1992.
"Pelancaran logo ini menunjukkan usaha sama kedua-dua syarikat untuk terus maju dalam memodenkan kilang dan organisasi supaya menyediakan minuman buah-buahan berkualiti yang segar dalam pasaran Malaysia dan Asia Pasifik pada masa akan datang,” katanya.
Herluf berkata, syarikat meraikan ulang tahun syarikat dengan meraikannya dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang.
Majlis itu diadakan untuk meraikan semua pekerja dan rakan kongsi kami. Tanpa sokongan dan dedikasi mereka, semua ini tidak mungkin tercapai.
Herluf berkata, syarikat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua.
"Ini adalah hasil daripada visi dan cita-cita pengasas kami. Kami sangat teruja dengan masa depan kerana kami akan terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai majikan pilihan utama di Malaysia.
"Kami mempunyai pasukan pekerja-pekerja yang mantap, rakan kongsi, pengetahuan dan persediaan yang betul untuk memastikan 30 tahun yang akan datang terus membuahkan hasil seperti 3 dekad sebelum ini,” katanya.
Sambutan tersebut dirasmikan oleh Exco Pulau Pinang, Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh dan Exco Pulau Pinang, Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain.
Hadir sama, Pengerusi Barkath CO-RO, Datuk Seri Barkath Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif CO-RO, Soren Holm Jensen, pembekal-pembekal dan kakitangan Barkath CO-RO.