RM39.8 juta peruntukan baiki rumah rosak di Pahang

Iklan
Wan Rosdy ketika menjawab pernyataan Young Syefura mengenai jumlah terkini rumah mangsa banjir yang dibaiki pulih pada Disember tahun lalu pada persidangan DUN Pahang di sini pada Khamis.

KUANTAN - Peruntukan lebih RM39.8 juta disediakan Kerajaan Pahang dan Persekutuan sebagai bantuan membaiki rumah-rumah rosak akibat banjir pada Disember tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan ini meliputi projek pembangunan Bina Baru Rumah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Bantuan UAE, baik pulih rumah bawah RM5,000 serta baik pulih kediaman bawah RM200,000.

Iklan
Iklan

"Seterusnya, bina rumah baharu (UAE) berjumlah RM12 juta, baik pulih rumah bawah RM5,000 (RM4 juta), baik pulih kediaman bagi fasa 1 bawah RM200,000 (RM8 juta) dan baik pulih kediaman fasa 2 pula sebanyak RM13 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Young Syefura Othman (DAP- Ketari) yang bertanyakan jumlah terkini rumah mangsa banjir pada Disember tahun lalu yang telah dibaik pulih dan siap, masih dalam proses baik pulih dan telah menerima bayaran tuntutan baik pulih daripada Kerajaan Pahang dan Persekutuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Wan Rosdy menjelaskan, status pelaksanaan melibatkan pembinaan rumah baharu dan baik pulih kediaman berjumlah 3,175. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,393 rumah siap dibina dan dibaiki pulih manakala baki 782 masih diperingkat pelaksanaan.