KEJAYAAN Inter Milan mengikat Barcelona 3-3 dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stadium Camp Nou disifatkan sebagai satu kemenangan kepada kelab Serie A Itali tersebut.
Malah tanpa pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui bangga dengan semangat juang dipamerkan para pemain dalam memastikan pasukan itu masih kekal dalam saingan.
Iklan
Iklan
"Seri ini satu kemenangan, kami kini mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan 16 terbaik, seterusnya melepasi kumpulan paling sukar dalam kejohanan.
"Kami mencipta banyak peluang menjaringkan gol, namun pada masa sama menderita ketika bertahan, sekali gus boleh memastikan tempat kami di kalah mati dengan baki dua perlawanan.
"Namun saya berharap pasukan ini mampu memberikan para penyokong kegembiraan itu ketika menentang Viktoria Plzen,” kata Inzaghi.
Satu mata dari laman Barca itu menyaksikan Nerazzurri berada di landasan terbaik untuk layak ke pusingan 16 terbaik, malah meneruskan momentum positif setelah menang 1-0 di San Siro sebelum ini.
Ledakan Nicolò Barella (50’), Lautaro Martínez (63’), Robin Gosens (50’) menghadirkan tiga gol buat Inter manakala gol Barcelona pula dijaringkan Ousmane Dembélé (40) dan Robert Lewandowski (82’), (92).