Berlapang dada, jika tidak terpilih: MB Pahang

Iklan
Wan Rosdy ketika berucap pada sesi pergulungan perbahasan di persidangan DUN Pahang pada Khamis.

KUANTAN - Wakil rakyat daripada BN dan pembangkang diminta berlapang dada dan menerima hakikat sekiranya ada antara mereka tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebaliknya mereka perlu bersedia dari segi fikiran dan emosi dan menganggap ia adalah ketentuan dan takdir ALLAH.

Iklan
Iklan

"Manakala pelantikan Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah di atas limpah perkenan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan perbahasan pada sesi persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih, Al-Sultan Abdullah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan pelantikannya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Pahang Ke-15.

"Sesungguhnya, kepercayaan baginda Tuanku (Sultan Abdullah) dan Tuanku (Tengku Hassanal) ke atas patik, sepanjang perkhidmatan patik sebagai Menteri Besar Pahang, amat dihargai dan disanjung tinggi," kata beliau.

Iklan

Sehubungan itu, Wan Rosdy berharap Kerajaan Pahang terus kekal maju, aman, makmur dan sejahtera serta lebih banyak pembangunan dapat kita laksanakan lagi selepas ini, demi manfaat rakyat.