Padah raba anak jiran, lelaki dijel empat tahun

Iklan
Lelaki berusia 48 tahun dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

MELAKA - Padah meraba anak jiran berusia 12 tahun, seorang lelaki dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 48 tahun itu selepas dia membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di Tangga Batu, di sini, kira-kira jam 11 malam, pada 2 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Iklan

Dia yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memohon hukuman berat diiberikan dengan mengambil kira faktor usia mangsa.

Iklan

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula daripada tarikh ditangkap iaitu 9 Oktober lalu.