DUN Perlis lulus Enakmen Anti Lompat Parti

Iklan
Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari (tengah) bergambar bersama barisan ADUN Perlis pada Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 pada Khamis. - Foto Bernama

KANGAR - 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir ke Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri sebulat suara bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi membolehkan Enakmen Anti-Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.

Usul bagi pindaan tersebut dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man (BN-Bintong) dan disokong Asmaiza Ahmad (BN-Chuping).

Iklan
Iklan

Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis dengan memasukkan perkara 50A berkaitan larangan ADUN di negeri ini bertukar parti itu dibahaskan oleh kesemua 13 ADUN yang hadir.

Ia disokong oleh kesemua ADUN itu yang terdiri daripada lapan orang ADUN BN dan lima orang ADUN pembangkang.

Iklan

Dua ADUN iaitu ADUN Titi Tinggi, Teh Chai Aan (BN) dan ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli (Pas) tidak hadir atas sebab tertentu dan telah mendapat keizinan Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari.

Sementara itu, Azlan berkata, proses seterusnya ialah mendapatkan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membolehkan Rang Undang-Undang itu diguna pakai dan diwartakan.- Bernama

Iklan