KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) melancarkan inisiatif harga terkini, 'Stretch Your Ringgit, with MR D.I.Y.’ yang menampilkan pelbagai rangkaian produk label sendiri.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, inisiatif itu merupakan cara mudah untuk rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan harian mereka tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti.
Iklan
Iklan
"Kempen ini menampilkan banyak tawaran hebat untuk pelbagai rangkaian produk label kami yang memberi jaminan kualiti terbaik dengan nilai lebih hebat untuk pengguna. Ia sememangnya inisiatif daripada peruncit tempatan untuk membantu rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
MR D.I.Y telah melancarkan insiatif 'Stretch Your Ringgit, with MR D.I.Y.’ pada Rabu.
"MR D.I.Y menampilkan lebih daripada 30 produk label persendirian dalam kategori keperluan rumah dan perhiasan, perkakasan, barangan elektrik dan aksesori kereta. Inisiatif selama satu bulan ini menampilkan pelbagai tawaran hebat di seluruh negara untuk produk-produk label sendiri,” katanya.
Produk-produk berkenaan termasuklah mentol LED cahaya siang bentuk 3U pada harga RM9.90 setiap satu, bateri alkali AA pada harga RM10.90 untuk 12 biji, stoking saiz S pada harga RM5.90 untuk 3 pasang dan cerek elektrik 1.7 liter pada harga RM49 setiap satu.
Artikel Berkaitan