Penduduk kampung Aisah Sapiudin, 67, mengutip sayur paku pakis segar yang tumbuh di kawasan paya dan belukar berhampiran kediamannya ketika ditemui di Kampung Pantai, Sipitang kira-kira 150 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu, Sabah.
Sayur pakis atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan paku pakis liar yang biasanya terdapat di kawasan terbuka dan sedikit teduh, di tanah lembab, paya gambut dan hutan belukar di kawasan pedalaman negeri Sabah.
Sebagai sayuran yang lazat dan berkhasiat, sayur pakis biasanya dijadikan masakan sayur dan gulai, ditumis bersama ikan bilis dan belacan, dimasak santan dan kerabu menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan.
Sayur pakis itu dijual kepada pemborong dan peniaga di pasar pekan Sipitang dengan harga RM2 seikat.
Permintaan yang baik telah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mengumpul sayur pakis dari hutan untuk dijual ke pasaran tempatan.