Bubar DUN: MB mohon menghadap Raja Perlis

Iklan
Datuk Seri Azlan Man. - Foto Bernama
KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man telah mengemukakan permohonan untuk menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan pembubaran Parlimen ke-14, Perdana Menteri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor agar mendapatkan perkenan Sultan serta Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan pilihan raya negeri dan parlimen diadakan serentak.

Azlan yang juga Pengerusi BN Perlis berkata, BN telah bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal dilakukan bersama PRU15. - Bernama